| |
| Re: Nik Aziz serah pada rakyat K'tan - 349 sec OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU
1. Sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi untuk membolehkan wujudnya "pengundi terancang" (planted voters) di negeri Kelantan iaitu pengundi yang boleh dirancang pengundiannya oleh BN.
2. Seterusnya, semasa musim pilihanraya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan "pengundi-pengundi upahan" dari luar Kelantan bagi dikerahkan ke Kelantan dan juga di kalangan petugas BN di dalam negeri Kelantan untuk mengundi dengan menggunakan nama dan ID "pengundi terancang" yang telah diwujudkan di dalam daftar pemilih. Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang sebagai "Pakat Kelik Ngundi" tetapi sebenarnya adalah untuk menggerakkan pengundi upahan dan untuk merasionalisasikan peratus keluar mengundi yang akan meningkat kerana pengundian pengundi terancang tersebut.
3. Pada kali ini, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap seorang yang turun mengundi ke Kelantan. Tawaran ini dikemukakan kepada sesiapa sahaja yang berminat tanpa perlu memastikan samada orang tersebut pengundi di Kelantan ataupun tidak. Bagi pengundi upahan yang bukan pengundi berdaftar di negeri Kelantan, PAS percaya satu kaedah pengeluaran ID secara tidak sah (pemalsuan ID) dibuat bagi membolehkan mereka (pengundi upahan) mengundi di atas daftar nama pengundi terancang. Ini boleh diandaikan benar kerana pada pilihanraya sebelum ini, terdapat pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi kerana rekod menunjukkan ada pengundi lain yang mengundi di atas daftar nama beliau. Melalui operasi begini juga, tidak mustahil berlaku seorang pengundi upahan mengundi bagi lebih daripada satu daftar nama (multiple voting) dalam negeri yang sama.
4. Operasi sebegini telah dilaksanakan oleh BN untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004. Tags: Malaysia General Elections Malaysiakini  |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |